bangun.
solat.
tidur.
bangun balik.
sarapan.
tengok adik dengan ninja boy-nya.
tidur.
bangun balik.
jaga adik.
mandi.
beri makanan kepada hamster.
tonton televisyen, saluran 611.
bermain zuma di telefon bimbit. sangat ketagih dengan permainan itu kini.
makan tengah hari.
solat.
kemaskini e-mel.
masuk facebook dengan tagged dengan blog. friendster sama myspace sudah jarang buka. tapi masih bertahan. dah tahu daftar, mesti lah tahu jaga, betul tak?
lihat laman sesawang universiti. cuba tengok balik keputusan peperiksaan. manalah tahu kalau-kalau ada typo. lihat kata-kata orang yang sedang bergaduh di forum, kebanyakannya mengenai manchester vs. barcelona, latihan industri dan hari konvokesyen.
angkat baju yang kering.
bermain zuma.
tonton televisyen, zati dan si mawas.
ambil adik dari sekolah. berjalan kaki mendaki bukit okey. salah satu cara bersenam di hari cuti.
masak untuk minum petang. lapar ouh.
solat.
mandi.
tonton televisyen, matahari.
solat.
panaskan makanan.
makan malam.
mulakan pusingan mesin basuh.
basuh pinggan.
lipat pakaian.
temankan adik menonton dvd barbie. untuk menjauhkannya dari kakaknya yang lain yang perlu belajar kerana mereka punya peperiksaan keesokkan harinya.
tonton televisyen secara rawak.
sidai pakaian.
solat.
periksa e-mel yang baru masuk.
masuk facebook dan blog.
jawab kuiz yang sangat pelbagai.
lihat ruang forum kampus. sekarang dipenuhi dengan cakap-cakap mengenai keputusan semester.
muat turun lagu.
cuba untuk membuat kompilasi lagu untuk dihantar kepada sahabat yang jauh. naddie, lagu tu lambat sikit aku hantar okeyh? broadband sangat lembap ini.
solat.
menjadi stalker di ruangan blog orang lain. cuba menganalisa personaliti penulis, walaupun tahu bahawa diri ini adalah penilai manusia yang paling tidak boleh diharap.
tulis entri ini.
terfikir untuk mendaftar twitter. tapi bila ditengok, twitter itu macam bosan saja. tunggu dulu lah. mungkin di lain masa. apabila semakin ramai rakan menjadi sebahagian dai komuniti itu. atau mungkin pada masa terdekat ini. apabila pemikiran ini menjadi tetap. siapa tahu?
tidur.
selamat malam.
*itu lah. kawan ajak keluar banyak alasan diberi. kawan ajak kerja beri alasan juga. inilah alasannya. saya sangat sibuk di rumah. lihat, jadual saya sepanjang hari sangat penuh. hehe~*
No comments:
Post a Comment