persoalan: sejak bila bank di malaysia menetapkan bahawa pelanggannya tidak boleh menggunakan telefon bimbit di premisnya?
tadi ke cimb melawati sebentar. ayah suruh ambil duit kerana kami (kakak dan saya) mahu pergi berjalan-jalan. semasa lalu di hadapan secret recipe, terima panggilan dari kak wani (selamat hari jadi kepadanya!!). sampailah kami sampai di cimb, saya masih bercakap di telefon dengan kak wani. masa beratur di mesin atm pun masih berbual. barisan pun masih panjang, jadi saya rasa tiada salahnya jika saya meneruskan perbualan dengan nada yang sederhana (maksud: tidak terlalu kuat hingga dirasakan mengganggu orang lain) berbanding meletakkan telefon dan beratur dengan bosannya.
tiba-tiba kakak di sebelah tepuk saya. katanya, "weh, telefon, telefon". dan saya ingatkan ada telefon yang menarik hatinya. saya pun toleh ke belakang. ternampak pengawal keselamatan memberi isyarat sambil merenung saya dengan tajam agar saya mematikan telefon. apabila terlihat pandangannya itu, saya pun menjadi takut secara tiba-tiba dan terus mematikan telefon. kasihan kak wani. saya tidak sempat menerangkan sebab saya letak telefon secara tiba-tiba. nasib baik ketika itu telahpun tiba giliran saya untuk menggunakan mesin atm itu. selepas tamatnya transaksi, saya dan kakak cepat-cepat keluar dari cimb itu.
kemudian saya lihat papan tanda di luar premis tersebut. ia tertulis 'CIMB Bank'. lalu saya terfikir, adakah saya berada di stesen minyak jadian yang mewajibkan setiap orang yang masuk ke dalam premis itu untuk mematikan talian telefon mereka?
adakah ini satu peraturan baru atau satu peraturan lisan yang saya tidak pernah dengar?
No comments:
Post a Comment