kesakitan.

i'm back in umt, for real this time.

sabtu tiba di terengganu, ahad tiba di umt.
sebab semua jenis pendaftaran bermula ahad.
nak ambil kunci asrama pun tak boleh semasa hari sabtu itu.
jadi, sabtu adalah masa untuk diluangkan dengan keluarga yang bakal ditinggalkan sekali lagi.
bersiar-siar mengelilingi kuala terengganu.
sambil mencari basikal baharu.

ahad. awal-awal pagi sudah bersiap.
abah kelihatannya begitu bersemangat untuk menghantar anaknya kembali ke kampusnya.
perancangannya adalah untuk ambil kunci asrama dahulu, kemudian baru mendaftar secara penuh di fakulti.
tiba di perkarangan asrama jam 9. kaunter penyerahan kunci masih belum dibuka.
kata petugas di situ, saya perlu mendaftar di fakulti terlebih dahulu.
jadi perlu ke fakulti.
yang terletak di penghujung ceruk kampus.
nasib baik bawa kereta.
kalau berjalan kaki, tak tahu lah hendak kata apa.

tiba di fakulti.
sangat lancar kerana tiba awal.
mungkin rakan sekelas masih belum terjaga dari tidur.
jadi barisan untuk mendaftar kosong.
keputusan rasmi peperiksaan dan takwim terbaru diambil.
bergerak ke asrama kembali.

abah meletakkan kenderaan di luar asrama.
kerana takut untuk melintasi lambakan van kuning di pintu hadapan asrama.
saya masuk mengambil kunci.
B1 503 5
saya terkesima sebentar di tempat pengambilan kunci itu.
tingkat 5?
sudahlah tahun lepas pun saya ditempatkan di tingkat teratas bangunan.
hari ini, perkara yang sama terjadi.

saya mengangkut sedikit barang yang dibawa bersama naik ke bilik.
lalu mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga tersayang.
lalu terus ke asrama lama untuk mengambil barang selebihnya yang amat banyak.
dan berat.
kalau dibiarkan di situ, sampai bila-bila pun saya akan asyik menangguhkan kerja itu.
kerana keberatan barang-barang yang telah dikedap selama setahun di aras itu.
jadi, adalah lebih elok jika disegerakan.

badan setinggi 150++ cm.
mengangkut beg luggage bersaiz besar.
bersama 3 kotak kecil.
dan 1 kotak XXXXXXL.
selepas 5 jam dan 1 kelas.
akhirnya, berjaya!!
apa yang penting, kerjasama!

di kala beranggapan bahawa kelas belum bermula pada ahad.
tiba-tiba terjumpa dengan rakan sekuliah.
yang berkata, "bell, petang ini ada kelas jam 2!"
saya tergamam.
pensyarah mana yang terlebih rajin untuk mengadakan kelas pada hari pendaftaran?
adakah beliau tahu kami baru sampai?
dan penat melakukan perpindahan?
dam letih mengangkut barangan?

saya terlewat 10 minit.
dan kelas telah bermula.
kuiz dan tugasan diberikan.
dan pengumuman yang mengejutkan dikeluarkan pensyarah itu.
"awak semua, esok kelas bermula jam 7 pagi di MSB. ini adalah untuk menggantikan kelas yang bakal saya tiadakan pada minggu hadapan."

apakah?

2 comments:

Pearl said...

kesedihan...
tumpang simpati...
huuu

raindropswithroses said...

thnx2!