semalam melepak di perpustakaan.
dengan senang hatinya saya tidak membawa beg.
kerana beg kegemaran itu telah disumbatkan ke dalam mesin basuh.
kasihan melihatnya diusik kotoran-kotoran degil.
oleh itu saya berbasikal ke perpustakaan dengan membawa fail di tangan.
pagi itu kelihatan sangat cerah, membuatkan saya amat senang hati untuk berada dalam perpustakaan yang ibarat peti sejuk itu berjam-jam lamanya.
melihatkan kepentingan untuk menyiapkan tutorial dengan kadar segera.
setelah beberapa kali bertangguh, hajatnya mahu pulang ke asrama jam 6.45.
tibanya 7.00, hujan turun dengan lebatnya.
nasib baik hampir semua kain telah diangkat.
ada juga yang tidak bernasib baik.
suhu dalam perpustakaan semakin menurun dengan mendadak.
jadi saya memutuskan untuk keluar dari situ.
sebelum saya mengalami kerosakan otak.
hujan masih lebat.
jika saya tidak memikirkan tentang fail penting yang sedang dipegang, dengan senang hatinya saya bakal bermain dan berjalan kaki dalam hujan.
tetapi banyak kertas penting di dalam fail tersebut.
jadi saya memutuskan untuk tunggu hujan reda sedikit.
lalu saya menunggu di hujung laluan berbumbung menghala ke dewan.
melihat gelagat-gelagat pelajar yang punya kelas di waktu malam.
tibe-tiba ada sekumpulan lelaki melalui tempat saya sedang berteduh.
selang beberapa saat kemudian, seorang lelaki dalam kumpulan itu terjatuh.
dan diketawakan oleh rakannya yang lain.
menyedari kehadiran saya di situ, mereka terus menutup muka dan berpatah balik ke arah yang berlainan.
saya ketawa sendirian.
=]
No comments:
Post a Comment