maaf, terlalu banyak perkara serius yang patut difikirkan.
tambah lagi dengan subjek yang dirasakan tidak mampu lagi untuk diteruskan.
tadi pergi kelas ko-kurikulum junior. sengaja mahu habiskan masa di situ. daripada terus tidur, baik cari ilmu sedikit.
mereka berbincang tentang projek tahunan mereka. salah satu langkah untuk mereka mendapatkan markah-markah terakhir untuk subjek CCU3301-pengakap.
mereka ingin menganjurkan perkhemahan untuk pelajar sekolah menengah. kemudian, macam-macam idea, falsafah dan teori dibentangkan.
sangka saya, mereka bakal melakukan sesuatu yang bukan untuk membuka mata orang lain seluas-luasnya. cukup hanya menjentik orang-orang tertentu. memandangkan mereka masih bergelar seorang pelajar, sibuk dengan kuliah, ujian dan sebagainya. tetapi nampak gayanya seperti mereka benar-benar mahu membuktikan bahawa mereka beribu-ribu batu jauh lebih sempurna dari senior-senior mereka.
mereka ingin membuat sesuatu yang gilang-gemilang. dalam masa satu bulan (program itu dijangkakan pada bulan oktober). ditambah lagi dengan galakan yang pada saya sangat tidak munasabah dari seseorang yang sangat pandai bercakap (cakap saja pandai, buat tak mahu). mereka inginkan penyertaan dari pelbagai sekolah, ingin bantuan dari pasukan pengakap negeri, ingin bantuan dari universiti jiran dan macam-macam lagi. semua itu perlu proposal, okay. kertas kerja. benda yang sangat leceh. mahu menunggu ditolak ke sana ke mari lagi. mahu menghadapi birokrasi yang ada di mana-mana lagi. banyak peringkat lagi perlu diharungi. satu bulan sangat singkat. adalah suatu kerja gila jika mereka mengharap dapat meminta penajaan jika kertas kerja diserahkan kurang dari sebulan. tetapi jika mereka sedia untuk menjadi gila, silakan. i will gladly stay out of your way. tapi tolong jangan salahkan program ini jika prestasi akademik anda menurun.
betulkan saya jika saya salah. ampun maaf dipinta. tetapi pada saya, umt mempunyai alatan dan keupayaan yang cukup untuk menjayakan program ini sendiri. bantuan sangat dialu-alukan jika bantuan itu yang dihulurkan, bukannya bantuan itu dipinta. macam pengemis pula kelihatannya nanti.
melakukan sesuatu yang kecil dan berjaya memberi kepuasan pada diri adalah jauh lebih baik daripada melakukan sesuatu yang diharapkan besar-besaran tetapi akhirnya banyak komentar yang dilontarkan.
unless you're already too perfect to pull it off, that is.selamat berbuka puasa!
=]
No comments:
Post a Comment