banyak yang nak cerita, tapi sibuk sangat.
adoih. susah betul nak kata.
20th September 2009 (1st Syawal 1430)
hari raya!!
lepas bangun lambat terus berkobar-kobar nak beraya. ceh, padahal dah terlepas solat sunat.
misi awal lepas semua orang dah siap: berhari raya dengan harapan dapat banyak duit raya.
haha. tapi misi tak berapa nak berjaya. sebab tukang bagi duit raya bagi sampul yang berbeza untuk kanak-kanak dan remaja. dan bila sampai giliran saya,
dia: nah, selamat hari raya dik. [sambil menghulurkan sampul yang banyak duit raya]
saya: terima kasih.
orang lain: eh, bang, dia itu dah masuk universiti lah.
dia: oh, ye ke. haha. silap sampul lah ni ye? [tarik balik dan tukar sampul]
saya: ngee~
keluar pergi rumah orang lain pula. lagi haru. tak dapat langsung. tapi tak apa. duit PTPTN banyak lagi. haha.
21 September 2009 (2 Syawal 1430)
sangat bosan. pergi 1 rumah saja. masa selebihnya digunakan untuk tidur dan menonton televisyen. pemalas sungguh anak dara ini. adoiyai.
22 September 2009 (3 Syawal 1430)rancangan awal mahu meronda satu kota bharu, menyerbu rumah dan memeras duit raya dari rakan KMNs. khabarnya nana sudah hampir sampai ke tempat saya. tiba-tiba,
nana: bel, tkr plan..sy g brye umah awk je.ps2 kwn sy ad hal.x dpt nk r0nda2.ag pn arash xad kt kb. dta kt kbg kerian. skang 0tw nk g umh awk.
bel: yeke? alamk. sy tgh kt umah org ni. huhu.
nana: yeke.s0 xad kt umh la ni ea
bel: yup2. sowi sgt2.
nana:Its 0k. xad rzeki nk jupe kali ni.huhu..
tapi saya nak juga keluar. nasib baik along nak keluar dengan abang sayangnya. jadi saya disuruh keluar bersama dengan mereka. boleh mengacau mereka sebentar. hehe. jadi saya suruh driver-baru-dilantik itu untuk bawa juga saya ke rumah nana kalau tak mahu saya bising apabila pulang nanti.
saya dibawa meronda sehingga ke kb mall. pukul 11 baru sampai di rumah. sepupu semua dah habis sesi bermain bunga api. ruginya~
23 September 2009 (4 Syawal 1430)hari untuk boling bersama sepupu tercinta!
sekali lagi, kb mall menjadi destinasi kami.
buat pertama kali dalam hidup, saya menang satu game!
sungguh saya bangga dengan pencapaian kali ini. lalalalala~
24 September 2009 (5 Syawal 1430)
hari bershopping!
dah bosan tengok baju di rantau panjang.
tahun ini bertukar selera pergi ke pengkalan kubor.
sebab dah lama tak pergi sana.
sampaikan abah pun dah lupa jalan nak masuk kawasan bebas cukai itu.
dapat baju raya lagi, walaupun raya dah 5 hari. weeee~
25 September 2009 (6 Syawal 1430)
hari yang amat malang.
saya mula muntah-muntah selepas subuh.
semua jenis makanan tidak dapat memasuki sistem tubuh saya.
umi kata "ni sebab banyak sangat tidur ni"
abah kata " ni angin saja ni. perut kosong. cuba makan dulu, nanti tengok macam mana."
saya kata "bukan keracunan makanan ke ni?"
lepas itu saya kata lagi "ni sebab tak nak balik kampus ni"
sepatutnya, selepas solat jumaat kami bertolak ke terengganu.
tapi sekarang, saya perlu dihantar ke klinik dahulu.
sampai klinik, doktor kata "awak kena masuk air ni. awak dehydration. kalau saya bagi ubat biasa takut awak terus muntah."
jadi air garam pun dimasukkan ke sistem badan saya.
3 jam nak kena tunggu 500ml tu habis dimasukkan.
3 pesakit masuk untuk diperiksa, dan ketiga-tiganya kena masuk air.
dan bayaran rawatan saya = rm200+
hmph, bijak sungguh doktor itu bertaktik.
dan kami pun ke terengganu.
dan saya pun kembali menjadi pelajar universiti malaysia terengganu yang sangat kalut dan mengarut. hidup pun semakin serabut.
No comments:
Post a Comment