keserabutan.

woah. tinggal 2 minggu saja cuti ini. baru teringat, banyak rupanya kerja yang dibawa pulang. tapi semuanya belum disentuh lagi. ouh tidak!
mari berfikir.berfikir.berfikir
  • kena siapkan logo dengan blog untuk konvensyen matematik 2010. 2 sample logo siap. blog belum ada input, tapi layout dah siap. input tak ada, bukan salah saya. okey, check.
  • kena siapkan laporan program sebelum cuti. dokumen belum sentuh pun lagi. kena buat juga sebab kena hantar laporan baru boleh claim duit. rm500 kot dapat dari HEPA! banyak tu. haha. okey. nanti buatlah. kena cari gambar dulu.
  • kena siapkan laporan tahunan persatuan. bulan januari nanti kena bentang masa AGM. idea belum datang. nanti buka sem baru nak mula buat. kemalasan semakin memuncak ouh. pfft!
  • kena mula rancang reka letak untuk website baru kelab matematik. ini lagi satu benda yang tak fikir lagi. haihh.
  • exam result! umt sangat kejam kerana tidak mengumumkan langsung tarikh keputusan diumumkan, sekaligus membuatkan kami sebagai pelajar tertanya-tanya setiap kali semester berakhir. sudahlah takut akan keputusan kali ini, terasa semester ini sangat teruk bagi empunya diri. bila pula kali ini ya?
  • hari pulang ke terengganu dijadualkan pada 12 disember. kali pertama pulang dari bercuti dengan kapal yang terbang. pening mau fikir bagaimana mahu bergerak dari lapangan terbang ke hostel. ada orang mahu tolong ambil saya?
hmm. nasib baik tiada kerja berkaitan akademik. kalau tidak, mungkin semakin pening saya jadinya. huhu.
boleh buat ini. 2 minggu itu suatu jangka masa yang panjang. chaiyok2!!

XD

1 comment:

Amalina said...

byknyerr kje...
bz woman la ktekan..hik2
HIMMAT BOLEH!!!