petang tadi operasi menghantar adik-adik ke tempat pengajian tambahan masing-masing.
jam 4 perlu ke sekolah kebangsaan taman melawati (awwwww, rindu zaman sekolah)
kemudian jam 5 kami perlu pula ke setiawangsa. yea, adik saya pergi tuisyen di tempat yang begitu jauh sekali.
tapi kami sampai ke setiawangsa terlebih awal. hajatnya mahu drop off adik saya terus jam 4.30, tapi kemudian panggilan diterima mengatakan pusat tuisyen itu masih belum dibuka pintunya. jadi kami terpaksa mengambil semula beliau dan kemudian terkesima seketika, memikirkan ke mana perlu dihabiskan baki setengah jam lagi itu. adik saya yang bijak itu mengemukakan cadangan untuk pergi ke jusco setiawangsa memandangkan telah masuk waktu asar dan beliau perlu menunaikan solat dahulu sebelum pergi menuntut ilmu.
jadi, ke jusco kami pergi~
bila sampai jusco, rasa macam teringin pula untuk menikmati aiskrim. haha.
jadi kami menjejakkan kaki ke baskin robbins untuk menghabiskan masa yang tinggal.
sampai saja di kaunter, kami dikejutkan oleh akak yang sangat teruja melihat pelanggan masuk dengan tawaran diskaun ke atas aiskrim. dia cakap laju sangat. haih. nasib baik sempat faham. tapi sempat juga bertanya, "apakah itu?" haha. katanya, hari ini ialah hari warna merah jambu di mana pelanggan perlu menunjukkan warna merah jambu yang dipakai/dibawa untuk mendapatkan diskaun ke atas aiskrim.
saya yang sedang blur pada waktu itu pun bertanya,
"uh, merah jambu macam mana yang akak nak?"
dan akak itu dengan senang hatinya menjawab,
"yang dekat beg itu pun okey juga"
merujuk kepada beg yang sedang disandang oleh kakak saya. jadi, dapatlah kami diskaun untuk tiga cawan aiskrim. yeah~
dah dapat aiskrim tu, makan lah.. sesudah itu baru kami hantar adik saya semula ke tempat tuisyen. dia tak lambat pun. sesudah itu kami ambil adik-adik kami. dan sesudah itu kami pulang ke rumah tersayang. hehe.
demikian coretan untuk hari ini. sekian.
xoxo
bell



No comments:
Post a Comment