saya punya KP besar punyaaaa..

hahaha. yup. saya sedang memiliki kad pengenalan sementara yang hampir sebesar kertas A4 itu.
mykad saya telah digunakan secara optimum sehingga cipnya rosak.
biasalah, teknologi tahun 2002 tidaklah secanggih 2010.
jadi, tiba masanya untuk menukar kepada yang baru. yosh~

semuanya gara-gara pegawai imigresen itu tidak mahu memproses permohonan passport saya kerana cip yang tidak boleh dibaca itu.
nasib baik JPN berada bersebelahan pejabat itu.
jadi tidaklah terlalu menyusahkan.
walaupun JPN hanya dibuka pada jam 8.00 pagi dan saya telah berada di kaunter imigresen pada jam 7.30 pagi.
siap boleh pergi bersarapan lagi sementara menunggu dalam barisan. haha.
sila bayangkan betapa ramainya orang yang sedang beratur.

sementara menunggu mykad baru siap, kad pengenalan sementara inilah yang akan menemani saya.
sayanglah kalau dilipat. kertasnya tebal sangat. nanti rosak pula. (tsk. alasan.)

nanti bila keluar, saya kena bawa beg besar untuk memuatkan kad pengenalan itu. hanya kerana itu. LOL.

xoxo