haha. semalam lagi sudah ada kelas, tapi hari ini baru semuanya kembali pada tahap normal.
semalam orang gila nak raya lagi.
tadi semua terkesima sebab tiba-tiba muncul satu kuiz.
tapi hari ini sangat pelik.
situasi 1: saya sedang berjalan-jalan ke perpustakaan. tiba-tiba, seorang pelajar lelaki tidak dikenali berhenti di depan, sepertinya sedang menanggil-manggil seseorang.
lelaki: awak. awak.
saya: [pandang belakang sebentar. tengok kalau-kalau ada orang lain di kawasan kejadian. masih blur kerana penangan kuiz.] uh, saya ke?
lelaki: awak, awak ni tahun satu ke?
saya: [apakah?] uh, tak.
lelaki: tahun dua?
saya: eh, tak juga.
lelaki: tahun tiga? ke empat?
saya: erm, tahun tiga.
lelaki: saya rasa macam selalu nampak awak lah. awak asal mana ya?
saya: [duh. memanglah. dah tiga tahun aku duduk terengganu ni wahai pakcik] erm, saya asal selangor. kenapa yea?
lelaki: oh. patutlah rasa macam selalu nampak. saya pun orang selangor juga.
saya: [apa ni? cakap dengan slang kelantan yang pekat, boleh lagi nak mengaku orang selangor?] ouh, ye ke? selangor kat mana yea?
lelaki: nanti awak tahu la. kan saya dah kata saya selalu nampak awak. [terus berlalu mendapatkan rakan-rakannya]
saya: .........
situasi 2: masih berjalan. ada gadis berselisih di hadapan. saya pun senyumlah, macam selalu saya buat, walaupun tak kenal pun. tiba-tiba...
gadis: dah habis kelas ke?
saya: [terkejut, habis tak betul susun ayat] hah? oh dah, dah. ni nak balik bilik lah ni. [padahal petang nanti ada kelas lagi. aiyoh. maafkan saya sebab tak kenal awak. T_T]
adakah hari ini September Fool?
pelik. pelik. haishh.
monolog untuk awak yang baru kemalangan: jaga diri elok-elok tau. jangan risau sangat.
No comments:
Post a Comment