cadangan awal sebenarnya di midvalley, kerana serata ampang telah dicari dan tidak ketemu pilihan dihati.
tapi, kerana hujan mungkin, rancangan asal terpaksa ditukar ke kawasan wangsa maju saja.
fesyen raya tahun ini sangat mengecewakan. majoriti kedai menjual pakaian berkain chiffon, yang dah tentu jarang lagi menyerlah.
sangat susah untuk mencari baju yang sesuai di kala ini (padan muka, siapa suruh buat kerja last minute lagi? =.=").
tapi, selepas dalam 3 jam pusing-pusing bangunan carrefour itu, kami dapat apa yang masing-masing inginkan.
raya ini saya berwarna hijau dan coklat. sangat lari dengan pilihan warna sebelumnya.
ingat mau beli sepasang kebaya. it was a perfect fit, tapi malang sekali, baju itu telah dirosakkan olah pencuba-pencuba sebelum saya. terus tak jadi beli. y0sh~ penat menggila itu dah tentu dapat!
jadi, semuanya sudah siap.
rabu ini kami bakal bertolak ke negeri sembilan. dan kembali ke kuala lumpur pada raya ke-3. dan kembali ke kuala terengganu pada 18september (haihh. ni yang lemah. sungguh.).
tamat di pusat beli-belah, beransur pula ke bazar ramadhan.
daripada nak keluar carrefour tu sampailah ke bazar wangsa maju, adalah beberapa insiden yang membuat saya terguling-guling menahan gelak ketawa.
situasi 1: di butik pakaian. kami diberitahu baju yang dijual hanya ada satu bagi setiap rekaan.
along saya : kak, saya nak cuba baju dekat patung ni boleh?akak kedai : erm, baju ni rm299 lah dik. cuba cari di dalam, banyak lagi yang cantik-cantik.
|cara dia emphasize harga 299 tu memang terbaek! mungkin orang yang bermekap tebal dan berlagak oh-so-glam saja yang boleh membeli baju itu. mungkin.|
situasi 2 : di bazar. saya, along dan adik saya sedang bergegas membeli makanan kerana sudah lewat dan hujan ketika itu.
pakcik air : eh, comelnya yang tengah bercermin mata itu (confirm sasarannya saya)
saya : *diam sambil jalan laju-laju * (dalam hati, "ada pula yang menggatal bulan-bulan puasa ni. adoi laaaa.")
*kami lalu lagi gerai itu sebab nak pergi ke seberang jalan*
pakcik air : eh, eh, dia lalu lagi lah. dua kali dah ni.
|suwey betul. haishh.|
situasi 3 : saya seorang diri di gerai air yang lain.
saya : bang, nak air katira sebungkus.pakcik air : awak orang johor ke?saya : (dalam hati, "apa motif dia ni? bila pula aku ada rupa orang johor ni?") eh, tak ada lah.
pakcik air : habis, awak orang mana?saya : saya asal dekat sini je.pakcik air : awak selalu minum ke air ni?saya : (dalam hati, "ai, banyak tanya lak dia.") uh, tak pernah rasa pun. ayah saya yang suruh belikan.
pakcik air : saya tak tulis pun lagi, macam mana awak tahu ini air katira?
saya : (dalam hati, "biarlah aku tau dari mana-mana pun. apa kau kisah?") ouh, saya tau rupa paras air ni, cuma tak pernah minum je. hehe.
|tak pasal-pasal kena interview. dah la backup lari tempat lain.|
situasi 4 : saya berjalan seorang diri mencari kakak dan adik.
pakcik kuih : hai awak. apa khabar?saya : *diam*
pakcik kuih : eh, sombongnya dia.saya : (dalam hati, "banyak lagi benda aku boleh buat dari layan kau. lantak kaulah. @#$%^&")
monolog untuk diri sendiri : lain kali jalan seorang berpada-pada. ini baru KL, kalau terengganu bagaimana?

No comments:
Post a Comment