malam tadi lagi haru. mati-mati kena tipu dengan kawan sendiri.
sudahlah semalam banyak gila extended meeting. pening. pening ouh.
grrr~situasi: sedang pening kepala dalam mesyuarat. tiba-tiba telefon berbunyi. nombor tidak dikenali.
aku: erm, hello?dia: hello? boleh saya cakap dengan cik nabilah?aku: uh, yea. ni nabilah bercakap.dia: oh. saya nak tanya pasal assignment pagi tadi la.aku: [eh, bukan assignment pagi tadi dah kena hantar pagi tu juga ke?] assignment pagi tadi? yang mana ea? mathkew ke?dia: haaaa, ye la, yang dapat pagi tadi tu. saya tak tahu la macam mana nak buat.aku: [eh mamat ni, tak hantar assignment lagi ke boleh bantai tanya aku malam-malam ni? tolong je la. kesian pula.] oh, yang tu kena buat macam ni...... [aku dengan jujurnya tolong bagi formula matematik mana yang kena guna. sambil cerita macam mana dapat jawapan macam ni, macam tu.]dia: oh, macam tu ye? okey, saya rasa saya dah boleh faham. ah, ni lagi satu. kuih raya?aku: [apakah? ini dah pelik] oh? kuih raya? kenapa dengan kuih raya?dia: tak bagi ke kuih raya kat saya?aku: [eh, eh. masalah apa pula mamat ni?] hah? tak faham lah. [tiba-tiba teringat balik. aku ada bagi kuih raya pada seorang kawan petang tadi.] eh, kejap. ni K eh?dia: [tiba-tiba suara bertukar] hahaha. ye la. ni aku la ni. tu la, lain kali tanya dulu siapa baru ko jawab apa yang ditanya.aku: siot ah kau! dh tu dan dan mintak kuih raya ye?dia: ye la. kau bagi tadi sikit. tak sempat kawan aku nak merasa.aku: habis tu, ni nombor siapa?dia: ni nombor A.aku: kau memang kan.....
No comments:
Post a Comment