nak masuk laman web syarikat yang dah tentu berwarna warni dengan musik yang hip dan sangat terkini, lepas tu nak kena muat turun laporan syarikat setiap tahun, lepas itu nak mencari laporan kewangan dalam laporan tahunan yang ntah berapa ratus muka suratnya setiap satu, aku pun tak berapa nak tahu lah kan. setakat ini baru kerja memuat turunlah dahulu. masa tak cukup nak meneliti satu persatu. kerja yang itu biar buat lepas masuk semester baru. hoooooo.
banyak kot laporan kewangan syarikat aku kena baca. haha. bajet macam aku nak buat pelaburan bermakna je. hoi, juling mata aku nak baca satu-satu. sudahlah syarikat insurans yang ada di Malaysia sudah sedia berlambak, tambah lagi dengan aku yang kena baca arkib yang tahun lepas-lepas punya laporan kewangan syarikat. gaaaa~
tak apa. demi bergraduat dari universiti tercinta. hehe. empat bulan lagi ouh! selepas itu nak fikir lagi sama ada nak teruskan dengan matematik atau beralih bidang. haih. itu yang payah sebenarnya.
![]() |
| diambil dari deviantart.com |
tengok gambar di atas, tambah laptop sama itu broadband, tukar pensel dengan pen, cawan tu isi dengan air teh, dapatlah aku.
aku memang seorang tukang risau dan kalut-malut yang tegar.
=.="

No comments:
Post a Comment