jualan akhir tahun - episod 3

entry #300. sila bangga untuk aku sebentar. hehe


aku tak tahu kenapa aku sangat suka kedai buku ini. secara spesifiknya cawangan ampang point. mungkin sebab barang yang dia jual sangat susah dijumpai di tempat lain.
sebab barangan di kedai buku ini jugalah aku sering dikatakan mempunyai alat tulis yang pelik-pelik.
mestilah bangga. orang lain susah nak guna apa-apa jenis alat tulis aku.
=]
dan sebab susah nak mencari di tempat lain jugalah aku wajib datang sini tiap kali dah nak dekat buka semester baru. iaitu bersamaan dengan hari ini. hari ini hari minggu. heh.
feels like a kid in a candy store. sangat seronok. lagi-lagi sebab sale.
sangat banyak barang yang dibeli, dari sekecil-kecil gluetape sampailah sebesar-besar file divider. aku pun dah tak tau macam mana aku nak angkut kesemuanya ke terengganu. haishhh. nampak gayanya banyaklah beg yang bakal dikendong menaiki bas.
=.="

No comments: