warna-warni menaiki bas ekspres.

kes 1:
seorang gadis menaiki bas dengan penuh berkeyakinan. tiba-tiba, dia mendapati bahawa tempat duduknya diduduki oleh seorang jejaka asing. dia cuba untuk merebut kerusi itu. dengan penuh yakin mengatakan bahawa tempat itu miliknya. sang jejaka cuba membantah. konduktor bas pun datang, cuba melihat apa yang sedang berlaku. dalam cubaan untuk menenangkan kedua-dua pihak, konduktor itu meminta tiket bas kedua-dua mereka bagi pengesahan.
rupa-rupanya, tiket gadis itu merupakan tiket kuala lumpur - kuala terengganu bertarikh 16 oktober. terus si gadis terdiam. sang jejaka tersenyum tanda kemenangan.

kes 2:
berlaku sejurus selepas kes 1. seorang lagi gadis tiba-tiba risau akan tiket miliknya, kalau-kalau terjadi seperti kes tadi. si gadis melompat ke tempat duduk di sebelahnya untuk mendapat kepastian yang jujur dari seorang lagi gadis.
gadis 1 - awak, cuba tengok tiket saya ini. sepatutnya saya duduk di sebelah awak ke di tempat yang saya duduk tadi?
gadis 2 - [setelah melihat dengan teliti tiket itu] eh, awak punya tiket 5A, sepatutnya di sebelah saya lah, yang awak duduk itu 5C.
gadis 1 - hah? ye ke? alamak, kena tukar tempat ni, sebelum ada orang lain pula yang nak rebut tempat dengan saya.
gadis 2 - haa. ye lah. cepat-cepat sikit. nasib baik awak tengok balik tiket itu. kalau tak, haru.

kes 3:
terjadi apabila hampir tiba di destinasi. seorang gadis tiba-tiba dikejutkan dari mainan mimpi yang indah.
gadis 1 - akak, kita ada di mana sekarang?
gadis 2 - [gosok-gosok mata. nampaknya masih mamai. tapi ayatnya disusun dengan penuh keyakinan.] huh? kejap. erm, kita dah sampai di gombak. haa. betullah ni. gombak. lagi 30 minit dah nak sampai.
gadis 1 - oooooo. okay. [lalu menghantar sms.]
gadis 2 - [tiba-tiba ternampak papan tanda yang menunjukkan bahawa bas yang dinaiki masih belum keluar dari pahang] eh, eh. awak, saya rasa kan, saya tersalah tadi. kita belum keluar pahang lagi. rasanya ini tol selepas kuantan. mungkin. kot. rasanya.

jadi, rumusan kita pada pagi ini, tuan-tuan dan puan-puan, ialah saya sudah sampai ke rumah tercinta. untuk 18 hari sebelum kembali buat kesekian kalinya ke terengganu. harap maklum.

monolog untuk diri sendiri: sampai hentian putra, ada pula datang bas beriklankan universiti tercinta. ingatkan bas rasmi, rupanya iklan semata-mata. oi. aku baru sampai rumah, mungkin belum perlu lagi iklan untuk mengingatkan aku bahawa aku perlu kembali lagi ke sana. gaaaaaa~
oh.oh. dan year end sale telah bermula. suka suka! ada yang sudi nak belanja tak?
^-^

No comments: