cerita sebuah permulaan.

baru sehari masuk semester baru, sudah ada hati yang menjauh.
ini yang aku susah nak tangani ini.
aku pun tak tahu apa motif kejauhan hati itu.
namun, apa yang pasti, kejauhan hati itu sedikit sebanyak menjejaskan kesemangatan aku untuk memulakan sem.
belum apa-apa dah buat hal. hish, apa ini?

cerita dimulakan dengan perbincangan semalam.
hingga saat ini, aku masih ragu-ragu tentang elektif terakhir yang bakal diambil semester ini.
ada beberapa pilihan yang menggamit perasaan, tapi masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan sendiri.
ada satu yang aku hampir pasti, namun kini ragu-ragu kembali, akibat kemunculan satu subjek lain.
membuatkan pelbagai versi cerita yang keluar dari mulutku tentang subjek yang akan diambil.
tapi, apa yang pasti, aku sudahpun menyatakan ketidakpastianku terhadap setiap cerita yang dikeluarkan kepada setiap pendengar.

sang hati ini telah lama mendengar cerita-cerita aku.
kerap juga kami bersiar-siar bersama.
namun, kali ini, sang hati nekad mengambil langkah yang berbeza dariku, yakni dari segi subjek.
katanya, "kalau aku ikut kawan ambil subjek yang aku sendiri tidak pasti, mungkin aku yang akan hancur di akhirnya."
aku mengiyakan. namun aku yakin dengan pilihanku untuk mengambil risiko pada semester ini.
keyakinan yang didapati dari kemampuanku sejak mula aku memasuki universiti ini.
aku yakin.
kalau tidak, tak mungkin aku akan mempertimbangkan keputusan itu.
dan pabila kata-kata itu dizahirkan sang hati, aku hanya terdiam.
mengambil langkah itu, bererti aku bakal berpisah dengannya.
walau bukan untuk selamanya, namun ia mampu memberi kesan.
jadi, aku merelakan.

cerita hari ini, sahabat lamaku kembali berpindah masuk ke asrama setelah satu semester tinggal di rumah sewa.
berita disambut gembira olehku, malah aku turut membantu dari segi perpindahan.
ditakdirkan sang sahabat mengkhabarkan bahawa dia akan mengambil subjek yang sama denganku.
menyedari keakraban yang telah lama terjalin, aku setuju untuk pergi ke kelas bersama sang sahabat.
sekaligus menolak untuk pergi bersama sang hati.
di otak kala itu, aku perlu belajar untuk berpisah dengan sang hati.
bimbang nanti dikata terlalu bergantung dengan sang hati, sekaligus dikata mempunyai niat tersembunyi disebalik persahabatan itu.
aku kira sang hati akan senang dengan keputusanku.
ternyata aku salah.

pulang dari kelas, langsung aku tidak melihat bayang sang hati.
aku melayangkan SMS padanya, disambut kaku.
bimbang apa-apa terjadi, aku hubungi rakan sebiliknya.
risau jadinya bila dimaklumkan sang hati masih belum berada di bilik.
SMS tidak berbalas, panggilan tidak berjawab.
mana mungkin aku tak risau?

di akhirnya, SMS dibalas.
dengan sejuk lagi kaku.
dari nada mesej itu, aku tahu.
sang hati berjauh hati.
aku cuba meneka sebabnya, kunyatakan kepada sang hati.
sebab tidak berjawab.
diam bermakna setuju.

aku hilang punca.
dari mana datangnya silapku?
adakah kerana keputusan yang cuba kuambil?
adakah kerana risiko yang ingin kuambil yang tidak selari dengan kehendaknya?
adakah kerana sang hati cemburu melihat aku melebihkan orang lain kali ini?
apa sebabnya itu?
aku keliru.


aku memilih untuk berdiam diri.

wahai sang hati, andai ada khilaf dari pihakku.
hanya maaf yang mampu kupinta.
kiranya ada yang boleh dilakukan untuk membetulkan keadaan, tolong beri tahu.
ku ingin lakukan.
aku tak sanggup kehilangan sebuah persahabatan.

2 comments:

Amalina said...

sang hati?? siapakah?? hihi

raindropswithroses said...

teeetttt.
nme sbenar prlu dirahsiakan.
hehe.
=P