semenjak dua menjak ni aku asyik layan benda benda sedih
aku sangat sibuk
aku sangat sakit
orang buat aku sakit
tapi kan, tak elok kalau lama lama macam ni
blog ini pun boleh rosak kalau benda sedih je yang asyik diletak
hee~
jadi, makna katanya, aku nak letak benda yang gembira aku buat minggu ini
kita mula dengan jumaat
jumaat ialah hari makan kek. dengan agar agar. dengan hot dog. heh.
ada api. ada gitar. ada kawan kawan.
saat bahagia di situ. hahaha.
gambar tak ada sebab gelap.
nanti aku ambil dari orang yang rajin tangkap gambar.
kita teruskan dengan sabtu
seminar matematik UPSR 2011
aku bangun lambat sebab kaki masih sakit
orang suruh berkumpul 6.45, aku bangun elok elok 6.45
tapi orang yang jaga kompleks kuliah bangun lagi lambat (rasanya)
sebab bila aku sampai, kompleks kuliah belum dibuka
jadi aku tak boleh buat kerja
kemaafan untuk aku di situ
tarik muka, tinggi suara, semuanya ada
tapi itu belakang cerita
yang penting, kerja seronok dan kami seronok
antara program akhir sebelum kami yang tahun akhir ini menarik tirai.
| cik adik cleaner alaf baru. HAHAHA ;P |
No comments:
Post a Comment