update EXROM laju-laju.

hehe. pagi tadi baru selamat sampai di asrama tercinta (eh, cinta ke?).
4 hari aku berkampung berkhemah di kem panglima, pasir mas.
mandi pun macam tak berapa nak mandi.
sampai bilik dah tak fikir benda lain, tukar baju aku nak mandi!
kawan ketuk pintu rumah nak longgok barang pun aku buat tak dengar.
mula-mula fikir nak online sebentar sesudah mandi.
tapi bila pandang cermin yang dah 4 hari tak jenguk, mata dah lebam.
hasrat dibatalkan aku nak tidur! hee~
dan...
dengan jayanya aku bangkit semasa matahari tegak atas kepala.
hoho. ekstrem kan?
=.="

aha. jadi, mari update update!
- hari 1, kami main dalam gelap sebab urusetia lambat bagi bekalan elektrik. jadi candlelight dinner pun jadilah! main main sampai lebam kami semua, jerit sana sini tengah malam buta.

- air dalam tandas sangat eksklusif. sangat susah untuk didapati. jadi mandi is out of question. waktu waktu bertuah kami mandi. nak basuh pinggan dan masak pun kami kena ulang alik ulang alik pergi paip dengan berbekalkan beberapa biji baldi yang dicuri didapati di tandas.

- kem sangat best, sebab aku dah malas nak layan incik presiden. makin saket aku nanti kalau asyik melayan. beliau pun dah macam sangat meluat dengan aku, so it's a win-win situation. LIKE!

- incik presiden kata aku hipokrit. aku dengar dengan telinga aku sendiri, bukan cakap belakang punya. tak kiralah dia ada hajat bergurau ke apa, tapi yang pasti sampai ke sudah aku takkan lupa.

- aktiviti hari 2 telah mampu membuat urat kaki aku berjalan dengan jayanya. jalan 30 48 kilometer pergi balik semata-mata untuk explorace. geng aku sampai paling akhir sebab kami jalan slow ramai orang depan kecundang sebab cramp. kami tolong tunggu urusetia sampai. itu yang lambat sampai daripada kena jalan kaki, kami pulang naik van sebab dah malam dan jalan sangat gelap. nasib baik aku tak kecundang tengah jalan sekali. gila ouh kaki saket!

- kaki tangan sangat lebam melebam sebab hari 3 main paintball. team aku masuk quarter kot. kalau tak lebam tu tak ekstrem lah bro!

- malam hari 3, incik presiden ajak BBQ. aku tuang dengan masuk khemah tidur cepat cepat. orang bising di luar pun aku dah tak peduli. dengar ceritanya sangat bising. tapi aku tidur dengan sangat lena. agaknya kerana api BBQ telah berjaya menghalau nyamuk hutan. tak pun sebab aku sangat penat. hebat tak?

- aktiviti hari 4 kami tak ikut sebab incik presiden suruh kemas barang nak balik UMT. turun khemah, kemas dapur, sapu lantai, basuh pinggan dan sebagainya. tapi banyak masa kualiti digunakan untuk tidur. hehe~

- jiran yang dekat dekat kami paling bertuah. oleh sebab kami balik lebih awal dari yang dirancang, jadi kami terlebih beli barang makan, jadi kami masak masak masak pergi longgok di khemah mereka. yang paling bertuah kawan khemah UTHM. habislah mereka sihat sihat apabila mereka pulang nanti.

- kami pulang awal sebab ada yang bising assignment tak siap lagi.

- tiba tiba aku sangat hebat bercakap loghat perak dan terengganu dan kelantan. sampai ada orang kena tipu. HAHA.
aktiviti masa lapang. kredit kepada jiran sebelah atas gitar.
monolog untuk diri sendiri: EXROM stands for extreme rover moot. jadi sila faham kenapa aku banyak guna perkataan ekstrem. hehe.
:)

No comments: