semalam aku tiada di bilik sepanjang malam
hanya pulang tengah hari ini
dia menyambutku dengan nota ini
kenapa kena jadi macam ni?
bukan niat aku untuk menjadi kejam
tapi aku di sini dengan suatu matlamat
setelah berkali kali aku hancurkan impian ibu bapaku
dari seorang doktor, aku lupakan biologi dan kimia
untuk mendalami matematik yang telah ditentukan untukku
hanya demi mereka yang ku cinta
kerana di akhir nanti
kepada mereka aku bakal kembali
bukan jasadku yang sentiasa di sini
aku di sini hanya untuk sementara
terengganu bukan tempatku
memang berat hatiku untuk melukakan seseorang yang dekat denganku
yang melihatku setiap hari tanpa jemu
yang melayan karenahku menyepahkan bilik itu
yang melihat gayaku yang tidak ramai mampu lihat
kenapa perlu begini jadinya?
ragam seorang pelajar, tentu untuk menikmati hidup
keluar masuk, sibuk dengan segala macam kerja dan tanggungjawab
juga untuk melihat dunia yang luas
lebih lebih lagi di waktu waktu terakhir ini
sudah tentu aku mahu meneroka dengan sepenuhnya bumi terengganu ini
takkan hanya kerana seorang yang belum tentu dikenali, aku perlu melepaskan semua itu?
siapa dia kepada aku?
bila aku tahu tentang nota itu, aku jadi kaget
bilik itu jadi macam asing secara tiba tiba
masuk bilik pun dah macam sangat segan
bilik itu memang macam dah bukan milik aku
hanya tunggu masa untuk aku sedar dia tukar kunci bilik
dan barang barangku untuk diangkut keluar
bukan ini yang aku mahu
aku cuma boleh harap kau faham keadaan aku. boleh?
tak cukup dengan masalah yang aku dah sedia ada, kau nak tambah lagi?
T.T

2 comments:
tu yg susah duk bilik 2 org~
de kwn aku yg duk bilik dua org,
dr awl sem dia mmg sje xnk try rapat2~
yg rumet dia pun same~
mungkin x nk jd gnie kot~
sabar lah ea~
lg skit je nk hbs~ lepas nie ko x duk UMT da pun~
kn? 3 thun kn?
byk udg byk grm~
ntah la weh.
aku da try kot.
tp dia cmtu gak.
xtau ar.
tetibe je rse brslh sgt dgn dia.
urgh, npela umt ni xde bilik sorg.
kn snang?
haishh..
insyaAllah weh, doakn aku selesai sem ni.
:)
Post a Comment