ada orang dah rindu, babak 2.

hari ini dalam bentuk panggilan telefon.
oleh calon menantu mak saya. (hehe. i just love saying that.)
cubaan untuk menunjuk nombor baru beliau. haha.

dia: hello? boleh saya bercakap dengan nabilah?
aku: erm, ye. saya nabilah.
dia: saya dari ACCA, nak tanya sikit tentang projek awak. saya difahamkan bahawa projek awak ada sedikit masalah. betul ke?
aku: erm, masalah dari segi apa itu?
dia: saya ada laporan awak di sini. saya tengok macam ada pengiraan yang tak lengkap di sini.
aku: hah? tapi setahu saya, kalau ada pun pengiraan yang tak selesai, tentu saya dah kena tegur masa pembentangan akhir oleh pembaca saya. boleh saya tahu pengiraan dari segi apa tu?
dia: erm, saya kurang pasti. tapi saya akan maklumkan pada penyelia awak tentang masalah ini.
aku: hmm. siapa agaknya pensyarah itu ye?
dia: hah? erm, dhiya?
aku: HAHA. aku dah agak kau! padan muka dah cuak. siot kau.
dia: ala, bila lagi aku nak buat macam tu kan?
aku: like, what the heck lah kan? aku baru hantar untuk jilid, bajet macam dah boleh distribute sampai ACCA lah kan? nasib baik kau bukan budak umt, padan muka kena frame, tanya nama lecturer siapa. aku ingat nak layan je sampai pitam. tapi kesian dekat kau lak. hehe.
dia: relaxlah nab oi. rindu suara kau. bila kau balik terengganu?
aku: aku balik minggu depan.
dia: alaaa. tak boleh nak jumpa dulu.

thank you best friend, for making my day.

:)

No comments: