dua bulan aku menjadi pemalas tegar di rumah.
hari ini baru bersemangat untuk memulakan langkah seterusnya.
impak dari sabtu dan ahad, mungkin?
ingat lagi entri ini?
ya. mungkin aku kekal di malaysia.
langkah pertama telah dibuat.
hanya menghitung hari untuk menerima keputusan.
sama ada diterima atau ditolak.
mungkin juga aku keluar dari malaysia.
langkah pertama juga telah dibuat.
aku mendaftarkan diri sebagai pelajar british council siang tadi.
menanti hari untuk menduduki peperiksaan IELTS atau international english language testing system.
sebuah lagi peperiksaan bahasa inggeris selepas MUET yang telah aku ambil ketika di matrikulasi.
rasa takut pun ada.
mulanya aku berhajat untuk mengambil kursus persediaan terlebih dahulu.
untuk mengingatkan kembali betapa seronoknya kelas bahasa inggeris bagi aku.
tapi aku mengambil jalan lain dengan terus menempah tarikh peperiksaan setelah diyakinkan oleh wakil british council semasa ekspo di midvalley agar tidak mengambil kursus tambahan.
30 julai 2011. itu tarikh bagi ujian mendengar, membaca dan menulis.
speaking test? belum pasti tarikhnya.
aku hanya akan diberitahu seminggu sebelum tarikh ujian.
kini aku perlu mula belajar sendiri dengan panduan dan pautan yang telah disediakan pihak british council.
30 hours of self-tutoring.
kini aku kembali bergelar pelajar.
:)
No comments:
Post a Comment