pemeriksaan kesihatan.

aku sihat walafiat sebenarnya.
tapi sebab uitm suruh aku lengkapkan borang pemeriksaan dia kan, maka dengan itu aku pun melangkahkan diri untuk berjalan jalan sekitar rumah aku.
haha. zaman dulu dulu umt tak kisah nak guna khidmat klinik kerajaan atau swasta.
tapi, sebab rumah aku dah ada pakar uitm kan, maka dengan itu beliau telah mencadangkan agar aku buat pemeriksaan di klinik kerajaan.
kalau masa aku baru nak kenal umt dulu, aku main redah je masuk klinik mak cik aku suruh dia tandatangan borang. muahahaha~
tiba tiba aku ter-rajin untuk menjadi skema kali ini.
tapi klinik kerajaan dekat rumah aku ni tak ada xray.
nak tak nak, dua klinik juga la aku nak kena masuk.

  1. klinik swasta
    aku nak pergi buat xray je pun. lupa pula nak bawa sekali borang. ingat tak payah, sebab nanti x-ray ada sekali laporan. haha. sekali sang pakar uitm masuk bawa borang aku yang ditinggalkan dalam kereta. dah kena sekali. lepas tu, aku boleh pula berlagak oh-i'm-so-freakin-rich-and-famous, lupa minta duit dengan umi sebelum keluar. heh. padahal dalam dompet ada rm4 je, boleh dengan senang hati masuk klinik swasta. tak singgah atm, tak sedar diri sungguh penganggur ni. ish ish tahap keberlagakan yang melampau tingginya. teeeet, kena lagi dengan kakak aku. hutang pula dengan dia. haish. sebelum ni, hasil xray di tempat yang sama hanya mengambil masa dalam dua jam. tiba tiba hari  ini dia kata esok baru siap. adoi. nak kata tak cukup kakitangan, ramai je yang beristirehat. nak kata  ramai pesakit, tempat tu kosong je aku tengok. nak tak nak esok jugalah baru boleh tengok xray yang kacak lagi sihat itu.

  2. klinik kerajaan.
    aha. ini lagi haru. aku dah la tak pernah pernah daftar sebagai pesakit (sebelum ni jadi tukang teman je. bukan tukang kebun okeh). masuk masuk dah blur bagai. orang di bahagian pendaftaran pula cakap dengan kelajuan 150km sejam (oke adik masuk sini, lepas tu masuk bilik tu, lepas tu check kat sana, fiuuuuu fiuuuuu~). mana aku nak ingat nak pegi mana pegi mana. akhir sekali, aku terbuang masa sebab tunggu macam baikgilaaaa dekat bilik doktor padahal masa tu kena pergi makmal. seterusnya, tandas di situ. waaah, jauh yang amat! the lab was on one side of the building and the toilet was on the other side of the building, totally opposite each other. memang malu takpayahnakcakap lah bila masa buat ujian urin. pegang cawan sambil jalan ke seberang. ngee~
    bila di akhirnya, jumpa doktor, doktor pula berkata, "eh, saya tak boleh sign lagi borang ni. adik kena pergi ambil xray dulu. nanti hari isnin jumpa saya."
    aaaaaaaaaaaaaaaaaaa~ semaknya rasa hati! penat je aku lepak sejam++ dalam klinik tu.
    last last tak lengkap juga.
    grr, ikut hati, nak je aku buat checkup kat klinik swasta tadi. senang sikit. tak payah nak ke sana ke mari.
*nama klinik terpaksa dirahsiakan. aku kan skema. mana nak buat kerja kerja jahat ni. sekian.

xoxo, bell.
^^

No comments: