IELTS.2

okeh. maklumat am dah letak.
sekarang kita imbas kembali ke hari sabtu.
ujian mendengar, mambaca dan menulis.
lokasi: corus hotel.

aku masuk sorang sorang. tak ada kawan pun.
sampai pula tersangat awal. orang suruh datang jam 8 aku bantai sampai 7.30 pagi.
tapi orang dah ramai masa tu.
sampai sampai tingkat dua yang menuju ke ballroom, orang semua pakat pandang aku.
aku pun terberhenti secara automatik kat tepi tangga tu.
segan siot.
dah la telefon bagai tak bawa.
kononnya ikut arahan tak boleh bawa masuk apa apa barang dalam dewan periksa.
sekali nak merepek untuk mengisi masa lapang pun tak boleh.
waaaah. segansegansegan.

aku jenguk kepala, selak pintu bilik pendaftaran, orang tu kata tunggu pengumuman dibuat.
aku pun duduk depan pintu. (haha. penuh strategi tak?)
sambil sambil tu aku pandang kelilling.
ramai orang luar. orang malaysia berapa kerat je.
lepas tu ada seorang gadis ni tegur aku, tanya "tak nak ambil minuman ke?"
aku pun kata tak nak, haaa cuak tak cuak aku masa tu. sampai minum air pun tak nak.
dia pun buka cerita, dia kali kedua ambil ujian ni. nak pergi acheh katanya.
tak sempat habis bercerita, orang dah panggil suruh mendaftar.
sempat ucap selamat berjaya je la.

aku masuk bilik pendaftaran itu, letak barang semua sekali (hanya sehelai kertas, okeh. punya skema aku hari itu.) lepas tu dapat nombor calon, aku masuk ballroom.
memang besar giletakpayahcakap ah ballroom tu.
tempat aku di baris 8, tengah tengah ballroom.
aku awal, jadi dalam setengah jam juga aku termangu mangu duduk.
kejap bersila, kejap posing ayu.
kejap lepas tu main main pula dengan pensel dan pemadam yang disediakan. (sebab tu yuran mahal, alat tulis cantik dan berkualiti rupanya.)
lepas tu aku dah bosan yang teramat, aku pun mula skodeng nama orang orang sebelah aku.
baris meja aku ada aku seorang.
memang haruslah berani.
kiri dan kanan aku dua dua lelaki.
yang kiri melayu, yang kanan orang luar.
yang kelakarnya, bagi menjamin ketelusan ujian, antara calon diletakkan penghadang yang besar.
aku duduk di tengah, maka ada dua tembok besar china berwarna putih di kiri dan kanan aku.

tak lama lepas tu, jejaka yang duduk sebelah kiri aku sampai.
benda pertama yang dia tanya, nak pergi mana.
benda ni orang yang nak keluar malaysia kan yang ambil, jadi aku pun gunakanlah kepandaian aku memusing ayat.
mamat ni nak pergi sheffield, UK.
ambil kursus kejuruteraan.
ujian ini kali ketiga buatnya.
dua kali tak menepati kriteria fakultinya.
ini umpama peluang terakhir baginya.
kerana dia hadir berpenaja.

persoalannya seterusnya, umur berapa.
aku yang dari tadi kata baru nak ambik degree terpaksa memusing ayat sekali lagi dengan menyatakan aku bakal menyambung pelajaran masters degree pada usia 21.
dia kelihatan kaget.
haha. seperti kata orang yang dah biasa aku dengar, usia itu masih terlalu hijau.
kami berbicara buat beberapa ketika lagi.
sebelum pengawas peperiksaan akhirnya mengumumkan bahawa peperiksaan bakal bermula.
aku tanyakan kepada dia di sebelah aku (tak sempat nak tanya nama, maaf), sebagai orang berpengalaman, kertas apa yang akan dimulakan dahulu.
dia menjawab: listening, reading dan akhirnya writing.
semua kertas berturut turut, tiada jarak antara tiga kertas itu.

aku pegang pensel, dan dengan lafaz bismillah, aku mula menjawab.
jujur aku katakan, jika dibandingkan dengan MUET yang aku ambil di matrikulasi dahulu, ini dirasakan lebih mudah.
kecuali summary.
terkejut aku bila baca soalan yang menyatakan ringkasan yang dibuat harus melebihi 150 patah kata.
maklumlah, orang yang ini selalunya buat ringkasan yang kurang dari 100 patah kata.
terkalut juga aku nak tambah ayat untuk melengkapkan syarat itu.
tapi keseluruhannya, kertas itu boleh tahan.

dan orang yang sempat aku kenal dalam tempoh singkat itu, datang dan berlalu pergi begitu saja.
ish ish, rugi tak minta nombor telefon.
akaun facebook pun tak menyempat.
hahahahaha.

xoxo, bell.

1 comment:

NajiHa said...

wah nak sambung master ye kak..tahniah ye..