tick tock tick tock.
hari ini hari selasa.
lagi lima hari ke hari ahad.
lagi lima hari ke dewan sri budiman, uitm shah alam.
lagi lima hari, aku bertukar status.
dari pelajar prasiswazah kepada pelajar siswazah.
dari pelajar sarjana muda kepada pelajar sarjana.
dari pelajar matematik kepada pelajar akaun.
dari pelajar universiti malaysia terengganu kepada pelajar universiti teknologi mara.
sungguh, aku takut.
tapi, bila fikir, padan muka aku.
gatal sangat mohon nak masuk program itu.
atas nama forensik.
dengan harapan tak dapat sebab lain aliran.
nah, kau dah dapat.
padan muka, sekali lagi.
soal rumah sewa hampir selesai.
tunggu bakal teman serumah minta bayaran dan confirm rumah mana yang akan diduduki.
helaan nafas pertama.
soal status aku sebagai graduan umt, masih samar samar.
aku mula mendengar sisi dari pelbagai pihak.
aku keliru.
aku tak tahu kata siapa yang harus aku pegang.
lantas, aku biarkan ia berlalu.
kalau uitm ragu ragu, biar mereka yang pastikan.
yang penting, yuran pengajian aku bayar.
aku dah penat dengan birokrasi staf terhadap pelajar.
biar pegawai sama pegawai selesaikan.
helaan nafas kedua.
masih tersekat, tapi aku redha dengan apa yang bakal mendatang.
makin lama, kelihatannya makin laju jam berputar.
makin tinggi juga tahap gementar aku.
masuk tempat baru.
suasana baru.
rakan baru.
dugaan baru.
aku yang baru.
aku harap ada pelangi di akhir jalan ini nanti.
xoxo, bell.
:)
No comments:
Post a Comment