jadi raya merdeka.

assalamualaikum kawan kawan!
bertemu kembali kita ke ruangan yang tak berapa nak best ni, setelah seminggu aku bertapa di kota bharu.

selamat hari jadi untuk aku.
selamat hari raya untuk seluruh umat Islam.
selamat hari merdeka kepada semua rakyat Malaysia.

hari ini aku nak sentuh pasal hari jadi.
sebab yang tak berapa nak utamanya sebab aku punya hari jadi baru lepas pada 1Syawal yang lalu.
(heh. unsur promosi adalah harus di situ.)

nak jadi ceritanya kan, aku ada buat eksperimen sikit dalam facebook yang digemari ramai tu.
ye lah. kalau korang tengok, bila korang publish tarikh hari jadi kat profile korang tu, mesti apabila tiba waktunya, berduyun duyun orang (hampir seramai friendlist korang, kalau tak semua) yang akan wish.
tak kiralah dengan apa jua cara sekalipun.
aku pun macam itu juga tahun lepas. ramai gila orang wish, sebab yang tak kenal aku pun boleh datang wish macam aku ni kawan paling rapat sekali di dunia.
dah rasa macam tak sedap hati kat situ.

lepas tu ada pula kawan aku palsukan hari jadi. haha.
jahat gila.
memang seramai itu jugalah yang kena tipu terang terangan.
aku jadi kesian pula pada mereka.

jadi, bila nak dekat dekat bulan ogos hari tu, aku buat tarikh 30 ogos tu private dari profile aku.
untung pula dapat serentak dengan aidilfitri.
haruslah orang akan lagi ingat raya dari ingat aku, betul tak?
ya, sangkaan itu benar sekali.

sampai tengah malam masuknya 30 ogos, beberapa kerat je sms yang masuk nak ucap selamat ulangtahun kat aku dan juga hari raya.
kebanyakkannya kawan aku yang paling rapat, ketat dan sendat.
ada juga kawan kawan lama yang diikutkan dah lama tak bersua muka mahupun bertanya khabar.
yang ini memang aku paling terharu sekali sebab boleh ingat walaupun lama tak berjumpa.

yang lain?
hari raya.

dalam facebook?
haram nak dapat sebanyak tahun lepas.
lepas aku tulis pasal hari jadi aku dalam status, barulah dapat satu.
terima kasihlah. itu pun sebab terbaca.
memang aku hargai sangat sangat sangat.

jadi persoalannya di sini, korang sebenarnya ikhlas ke tak bila nampak ada notification kat homepage facebook korang tu pasal hari jadi kawan (atau bukan kawan, yang main suka suka add tu) lepas tu dengan kelajuan cahaya korang masuk page kawan tu, letak lah "happy birthday" ke "sanah helwah" ke "selamat hari jadi" ke "hb" ke. (yg "hb" tu aku paling sentap. nampak sangat aih ketidakikhlasannya di situ.)

bukan aku nak marah ke apa.
tapi aku rasa hari jadi tu macam sesuatu yang sacred pada aku.
so bila ada orang orang yang tak berapa nak ikhlas ni, aku macam terasa.
aku pasti korang tak begitu.
atau tidak bermaksud begitu.

aku suka hari jadi.
aku suka ingat hari jadi kawan kawan aku.
aku suka ucap selamat hari jadi kat kawan aku.
aku lagi suka kredit telefon aku terbazir sebab ucapan hari jadi itu.
sebab pada aku, hari jadi itulah dalam banyak banyak ulangtahun yang akan menggambarkan seseorang itu.
yang menggambarkan keunikan orang itu.
jadi, walaupun kita dah lama tak bertegur dengan kawan tu, sekurang kurangnya bila kita ucap selamat untuk hari jadinya, kita masih akan ada topik untuk bercakap dengan dia setiap tahun, sebab lepas tu mesti ada sesi catchup punya. jadi, tali silaturahim tu tidaklah terjejas sepenuhnya walaupun tidak bersua muka, kan?

No comments: