secebis doa untuk aku, please?

assalamualaikum.
hi.


this is the truth. and nothing but the truth.
i.am.seriously.terrified.

aku tak pernah sangka aku akan sampai tahap ketakutan sebegini.
tapi aku semakin hampir ke tahap itu.
sedikit demi sedikit.

aku tak pernah sangka aku akan berputar 360 darjah bila berkaitan dengan akademik.
suatu ketika dahulu, aku sangka aku bakal doktor.
aku hampir ke arah itu.
tapi aku mengalah bila memikirkan kos.
dan memikirkan ketidakmampuan aku yang sangat tidak yakin untuk menggapai sebuah tajaan.
aku pasrah dengan apa yang diberikan.
kerana aku percaya pada ketentuan sebuah takdir.
terus, aku beralih kepada matematik kewangan.

siapa sangka aku yang dahulunya mengambil sains biologi
dan tidak pernah terlintas untuk terjun ke bidang perakaunan
kini bergelar pelajar program perakaunan forensik dan jenayah kewangan.

siapa sangka?
tak siapa sangka.

kini, sekali lagi takdir menentukan.
aku punya pilihan.
aku cuma tidak tahu yang mana terbaik buatku.
yang aku tahu, aku masih mahu bergelar seorang pelajar.
tidak seperti orang lain sebayaku yang mula berkira kira tentang membina kerjaya.
di akhirnya, aku memilih apa di depan mata.


forensic accounting and financial criminology.
aku akui, namanya sendiri menarik perhatianku.
sebagaimana matematik kewangan mencuri hatiku dahulu.
namun aku sedar, pelajaran sebegini memerlukan asas yang kukuh.
yang mana tiada pada aku.
aku bukan pelajar aliran akaun sewaktu SPM.
bukan juga memiliki sarjana muda perakaunan.

makna katanya, semua subjek bakal menjadi cabaran.
aku sanggup hadapi cabaran.
aku cuma tidak rela sekiranya asas itu yang menjadi batu penghalang.

tapi, aku isi juga borang itu.
aku pilih kursus itu.
aku ingin memilih statistik mulanya.
namun, memahami kepayahan aku tiga tahun kebelakangan ini.
aku lupakan.
dengan harapan permohonan ditolak.
tambah lagi bila mengetahui adanya proses saringan dengan cara temuduga.
semakin berbunga aku menghabiskan rm50 untuk borang permohonan itu.

aku punya impian.
impian belajar di luar negara.
itu yang aku simpan.
dan masih aku simpan.

sampai hari keputusan.
tiada panggilan temuduga buatku.
aku sangka aku ditolak.
tapi aku buka laman web itu.
yang pasti, surat tawaran di depan mata.
menunggu untuk dicetak.
aku dijemput meneruskan pengajian di sana.
di bawah program yang aku pilih.
pada panggilan pertama.
tak ada temuduga.
bukan pembuat rayuan.

satu setengah tahun.
aku fikir tidak terlalu lama.
tambah lagi dengan kemungkinan aku tidak diterima jika memohon di universiti luar negara.
mungkin masa akan menjadi lebih panjang dari sedia ada.
sekali lagi aku takut.
setelah berbincang, aku akur.
aku terima tawaran itu.

uitm dan fakulti boleh ada keyakinan sebegitu tinggi padaku.
kenapa aku harus tolak keyakinan itu?
aku pun daftar.

esok.
kelas bermula 8.30 pagi.
igauan itu kembali.
aku tidak punya asas.
mampukah aku mengejar mereka yang lain?
yang rata ratanya memegang sarjana muda perakaunan.
yang telah menimba pengalaman bertahun tahun di jabatan audit.

aku takut.
sangat takut sekiranya kecundang.
ini bukan takut sebelum berjuang.
ini takut memikirkan masa sekarang, dan masa hadapan.
aku takut aku tak mampu.

angan angan: i wish you were here.
T.T

No comments: