alhamdulillah.

bismillah.
izinkan aku mencoret, meluahkan rasa hati di ruangan yang tak seberapa ini.

kebelakangan ini, bait lagu 'alhamdulillah' sering kali aku putarkan.
entah kenapa.
mungkin sebab bait liriknya terkena batang hidung sendiri.
atau mungkin melodinya seakan punya kuasa sakti yang mampu menenangkan gelodak di hati.
entah. aku kurang pasti.

disaat waktu berhenti. kosong.
dimensi membutakan mata, memekakkan telinga 
lalu diri menjadi hampa 
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka
sadarku akan hadirmu, mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri 

semakin ke akhir tahun, semakin banyak rasanya sedih yang bersarang di hati.
kenapa sedih? aku tidak pasti.
mungkin lebih menjurus kepada human development aku sendiri.

matang
ya, aku akui aku mentah. masih mentah.
naif, mungkin.
aku mudah percaya dan aku juga mudah tertipu dengan janji yang ditebarkan.
selagi aku masih percaya, segala apa yang di depan mata aku terima
dan aku juga jarang menerima kata tidak.
kerana itu aku jatuh, dan semakin jatuh.

cita cita
cita cita aku telah lama terkubur.
sangat lama. selepas SPM dia hilang, dan selepas matrikulasi aku kambuskan semuanya sekali, hingga tiada kesan yang tertinggal.
dan kini aku hanya mencipta impian berdasarkan coretan kisah yang tersedia untuk aku.
pendek kata, aku hanya mengikut ke mana takdir membawaku.
di mana penghujungnya? aku bukan ahli nujum untuk meramal.
cukup sekadar aku puas hati dengan apa yang takdir bawakan untuk aku sekarang ini.
meskipun aku kurang senang dengan liku yang disajikan bersama.
insyaAllah, konvokesyen ke 78 UiTM bakal menyaksikan aku naik ke pentas sekali lagi, menerima amanat demi keluarga yang aku sayang.

cinta
dua kali aku bukakan hati untuk merasa keindahan cinta.
cinta, walau aku tau bukan bersifat kekal, aku cuba memberi peluang.
namun ternyata indah itu hanya seketika.
lama aku cuba lupakan cinta pertama itu, dan mungkin selama itu akan aku ambil untuk melupakan cinta yang kedua.
demi cinta pertama, aku korbankan SPM. aku korbankan cita cita aku. demi apa?
demi cinta kedua, aku cuma mampu bertahan dan berhenti menyakitkan.
kata orang seeloknya berhenti menyakiti dari terus membinasakan.
mungkin ia berkait. aku yang masih kanak kanak, dan aku yang masih tidak matang.
menjadi seorang pencinta yang turun darjatnya, aku tak bisa.
lalu aku berpaling, dan memutuskan untuk pergi.
bukan mudah, bukan sekali aku berpaling.
tapi entah kenapa seringkali aku putuskan untuk kembali.
tapi dengan kepulangan itu, dua hati kembali disakiti. sebab aku.
ya, aku tak boleh. jadi kali ini aku begini.
dan buat kesekian kalinya, air mata menitis lagi.
mungkin aku takkan pernah dapat merasa cinta.
meski lambakan lagu cinta dan filem romantis disogokkan pada masa ini.

tiga isu. ingin aku tutup lembarannya, satu persatu.
agar aku bisa bernafas dengan lebih tenang tanpa ianya berbangkit lagi.
jalan aku masih panjang, dan bukan keperitan yang aku mahu untuk menemani jalan itu.
insyaAllah.

Sujudku pun takkan memuaskan inginku 
Tuk hanturkan sembah sedalam kalbu 
Adapun kusembahkan syukur padamu ya Allah 
Untuk nama, harta dan keluarga yang mencinta 
Dan perjalanan yang sejauh ini tertempa 
Alhamdulillah pilihan dan kesempatan 
Yang membuat hamba mengerti lebih baik makna diri 
Semua lebih berarti akan mudah dihayati 
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...

xoxo, publish :)

No comments: