mana semua orang?

satu-satunya kelas pada hari ini adalah pada jam 2 petang. aljabar moden.
mengikut jadual, kelas itu diadakan di DSJ.
lalu saya dengan penuh bersemangat mengayuh basikal baru ke fakulti.
bangga kerana mampu keluar dari bilik asrama lebih awal dari kebiasaannya.

sampai di DSJ pada jam 1.47 petang. saya merasakan bahawa semua rakan sekuliah telah memenuhi dewan tersebut, lalu bergegas untuk masuk. akan tetapi, apabila pintu dewan dibuka, kelihatan beberapa pemuda cina yang tidak dikenali berada di dewan tersebut. terus saya tutup pintu itu. lalu terfikir, "mana budak-budak ini?".

ketakutan kerana waktu semakin menghampiri jam 2, saya terus menghubungi fira dan bertanya di mana kedudukan kelas sebenarnya. lalu fira menjawab, "dekat MK13 lah.".

nasib baik MK13 itu terletak dalam fakulti yang sama, jadi tidaklah sukar untuk saya pergi ke sana. dan memang benar, semua rakan sekuliah saya berada di sana. setelah saya mengambil tempat duduk, terdapat beberapa orang yang tidak dikenali mundar-mandir di kawasan medan kuliah itu. sepertinya mereka mahu masuk ke dalam MK13 tetapi mereka tidak pasti dengan keputusan mereka. lalu mereka membawa pensyarah mereka bersama bagi memastikan itu lokasi kelas mereka. dan kami diminta keluar secara baik.

rupanya memang betul kelas kami di DSJ. malu betul.

No comments: