perjalanan kembali

hari ini hati semakin sihat, terima kasih kepada terapi musik dan sokongan manusia terdekat. hahah.
bangun pagi dan mula berkemas, kerana hari ini saya bakal berlepas pulang ke kampus tercinta.
pada mulanya, saya ingin mengikut adik ke smk lembah keramat sempena jualan amal yang diadakan di sana, sebagai salah satu langkah terapi buatan sendiri. tetapi saya terlewat bangun. dan akhirnya ditinggalkan. terasa begitu malas untuk meninggalkan katil empuk milik diri, sehingga terjaga pada jam 10pagi. kala itu, umi dan abah telahpun kembali dari pasar tani. membawa pulang sarapan untuk kami.
11pagi, abah mengarahkan kami untuk bersiap sedia untuk ke ltsaas. saya kata, "eh, cepatnya nak pegi airport." dan ayah balas, "awak ingat subang tu dekat sangat ke?". okay okay okay. sesungguhnya ayah tahu apa yang terbaik.
ambil adik dari sekolah dan terus bergerak ke lapangan terbang. perjalanan mengambil masa dalam satu jam.
sampai di ltsaas. kaunter daftar masuk masih belum dibuka. jadi kami makan tengah hari di lapangan terbang sementara menunggu kaunter dibuka. kami tersilap memilih kopitiam. kerana pekerjanya warga asing yang tidak memahami sepenuhnya bahasa melayu. susah untuk kami memberi komen yang membina. makanan pun tidak sedap. akhirnya, majoriti hidangan yang dipesan terbiar begitu sahaja.
1.30tengahhari, kaunter dibuka. saya mengambil pas masuk. kemudian kembali bersama famili di kedai beg. ayah membeli beg pakaian. apabila ditanya mengapa berjalan begitu jauh hanya untuk membeli beg, jawapannya hanya, "50peratus diskaun yang penting tu."
1.45petang, melangkah ke balai perlepasan, meninggalkan keluarga di belakang. sedih. =[








suasana lengang di balai perlepasan.

















nasib baik firefly tidak seperti airasia. nasib baik saya berlepas mengikut masa yang ditempah. nasib baik pesawat tidak penuh. nasib baik tiada orang duduk di sebelah saya. maka saya dapat bersuka ria sambil menikmati mabuk udara.



curi tangkap gambar pesawat firefly. juruterbang kata matikan alat elektronik, saya galak bermain kamera. kononnya mod penerbangan yang ada pada sony ericsson itu merupakan segalanya. tetapi tidak mengapa, tiada sesiapa yang mampu menghalang. airasia ada penjaga, langsung tak bagi ambil gambar. haih.
















cupcake yang sedap. diperoleh percuma dengan penerbangan. airasia mengaut keuntungan.































jus oren yang telah menjadi terlalu sinonim dengan malaysian airlines. sehinggakan saya yang telah lama tidak menaiki kapal terbang masih boleh teringatkan keenakannya. airasia jual air.














pertama kali menangkap gambar awan dari ketinggian 17000 kaki di atas permukaan tanah. sebelum ini tangkap gambar awan dengan kedudukan diri di atas tanah sahaja. seronok! =]













sampai di lapangan terbang sultan mahmud shah, kuala terengganu. terus berjalan laju keluar kerana bimbang pengangkutan awam (bak kata melin) terlalu lama menunggu. tersesat beberapa kali apabila mencari jalan keluar dari lapangan terbang. nasib baik melin tak sampai lagi apabila saya akhirnya berjaya keluar dari mega-puzzle itu.
melin sampai dengan motor mewahnya (haha. betul lah mewah. saya naik basikal saja tau.). keluar masuk rumahnya banyak kali. mula-mula tumpang barang saya kerana ingin meminta tolong dihantarkan ke psm, sebuah sekolah memandu di sini. kemudian keluar ke psm, setelah mendapat tunjuk arah yang hampir betul.
sampai di psm, mengemukakan persoalan mengenai status diri yang ingin mengulang ujian memandu. serius mahal gila harga kelas di sini! rm500 untuk kelas 5jam dan ujian. tambahan rm45 setiap jam jika masih tidak yakin untuk menjalani ujian. dilanjutkan ke umi dan abah. umi kata lebih baik tambah jam kalau tidak mahu kejadian semalam berulang. abah kata, "hmm, nanti abah fikirkan masak-masak." terasa kasihan pada abah. isy, kenapa saya tidak lulus semalam? *kembali beremosi*
kembali di rumah melin. mengambil kembali barangan yang dibawa. ingin dihantar pulang. terima kasih sangat wahai melin sayang!
sampai di apartment. campakkan beg. mandi. lepaskan geram di pantai. makan malam.

dan kini kembali ke rutin asal. saya telah kembali di umt.

2 comments:

batumelukut said...

bgs seh...
sbb ko dpt ambk pic dlm flight...
huhu

raindropswithroses said...

dh tmpt duduk kne bolot sorg2..
brani la aku..
lalala~