dah dua hari macam ini.
semalam semasa bengkel penulisan berita. hari ini majlis berbuka kolej kediaman sempena UMT berjaya mendapat tempat di malaysia book of records untuk " the longest quran recital (100hours) non-stop".
alangkah seronoknya!!
kalau hari-hari dapat makan macam ini kan elok. tiadalah adanya kekurangan duit akibat perbelanjaan yang berlebih-lebihan (seperti yang sedang dilalui sekarang. salahkan backpack yang berharga RM119 itu.)
haish. dilema dilema. baru dua hari lepas keluarkan rm200 dari bank. tinggal rm10 hari ini. nak keluarkan lagi, takut kena marah, sebab penyata bank sampai ke rumah, dan sudah semestinya ayah bakal menelitinya dan mempersoalkan kenapa pengeluaran duit terlalu kerap di bulan puasa ini. duit untuk berbuka puasa bagi seminggu terakhir di UMT sebelum raya sudah tidak cukup ini.
ada orang sudi belanja?
No comments:
Post a Comment