cerita hangat hari ini!

tadi baru lepas buka e-kuliah universiti malaysia terengganu.
mahu ambil nota hajatnya.
tiba-tiba dalam forum pelajar ada seseorang post gambar ini:


saya mula terfikir, adakah ini generasi 1Malaysia yang diharapkan oleh Perdana Menteri kita?
dan ini berlaku di universiti tempat saya menimba ilmu pula. sebuah universiti yang sangatlah kecil dan comel.
tapi sudah tentu ini pendapat sesetengah pihak saja.
ini pendapat peribadi.
mungkin gadis ini mahu mengambil kesempatan atas konvensyen mahasiswa melayu yang bakal diadakan di universiti malaysia terengganu pada januari nanti.
siapa tahu kan?
saya faham. bukan semua yang membenci seperti di atas.
bahkan, teman saya membeli-belah sebentar tadi juga gadis berbangsa tionghua.
tak ada masalah pun dengan saya.
bergelak tawa lagi ada.

kini, komuniti facebook yang merupakan pelajar umt mula agresif memberi respon.
semua rakan ditag dengan imej ini.
mahu mereka tahu ada anasir yang sedang cuba mempengaruhi secara halus.
berdasarkan komen yang saya baca tadi, ada yang ingin mengetag jemaah menteri sekali pada imej ini, agar mereka juga alert akan apa yang sedang berlaku kepada komuniti mahasiswa ini.
dan dengar ceritanya juga, profil si gadis yang memulakan status ini juga telah diprivatekan.

alahai, pasti kecohlah pagi nanti.
tak habis-habis pelajar umt mahu mencipta kontroversi.
tak cukup popular ke awak tu?
dunia ini tak adalah besar sangat.

apa pendapat anda?

edited 2.00am, 17Dec09: khabar terkini, si gadis memohon maaf, namun belum secara terbuka.
saya terima maafnya. dia hanya manusia biasa yang membuat kesilapan, sama seperti kita. dan kita tak seharusnya berprasangka buruk terhadap orang lain. lagipun, sayakan pemaaf orangnya. tak elok dendam-dendam ni. LOL~

No comments: