YES! saya bosan di sini.

hujung minggu pertama di terengganu disimbah dengan hujan lebat.
hajat mahu pergi kenduri kahwin.
tiba-tiba rakan mengadu sakit perut.
perancangan awal langsung dibatalkan.
melihatkan cuaca yang celap gelita di luar.
ouh, seronoknya tidur!
begitulah caranya menghabiskan masa dengan produktif.

berjalan di bandar kuala terengganu sangat membosankan pada waktu malam.
semua kelihatan lengang dan kosong.
lebih-lebih lagi selepas tibanya 10.00 malam.
tutup kedai semuanya.
yang tinggal 7E, KFC dan McD, itupun kalau ia beroperasi 24 jam.
oh, lupa, stesen bas juga.
mahu cari kedai yang menawarkan YES (YearEndSale)?
giant dan mydin saja ada.
selainnya, vincci, guardian dan watson's.
kasut sudah berlambak di bilik.
dan saya tidak punya idea untuk membeli apa di farmasi.
takkan nak borong ubat kot?
wah, jimat duit ptptn saya.
tunggu nak guna untuk beli buku saja.
lepas tu, memang akan lesaplah duit saya.
kenapa buku teks tidak YES ye?
kan seronok kalau ada.
tentu kami tak akan lagi merungut di kala membeli buku.
tiada lagi yang berlumba-lumba meminjam buku untuk difotostat.
dan kami pun menjadi pencinta buku yang hidup dengan aman damai.
hahahaha. tinggi sungguh cita-cita. semacam mustahil.
=P

hoi! bila nak tonton new moon?
lambat lagi ketinggalan sungguh kamu!

No comments: