aku meracun rumput.

ini aktiviti masa lapang, sebagai penunggu rumah yang berjaya.
hari ini dimulakan dengan....
abah saya : angah, nanti balik dari breakfast tolong abah racun rumput okey?
saya : [dengan penuh yakin] okey!
abah saya : angah tahu tak macam mana nak guna racun rumput tu?
saya : erm, tak tau?
abah sama umi saya gelak berjemaah.
jadi, selepas tiba di rumah, saya pun menghampiri ruangan belakang rumah yang perlu diracun itu. lalu berjumpa dengan bekas racun itu....

lebih kurang macam ni lah rupanya, tapi rumah aku punya kecil. hee~
aku pam sekali, dah nampak karat-karat pada bekas tu. maklumlah, asyik kena hujan dan panas. mana tak berkarat?
aku pam dua kali, bila aku sembur keluar titisan air, bukan semburan seperti yang diharapkan.
geram punya pasal, aku pam berkali-kali.
sekali, campuran racun membuak-buak keluar dari bekas. perasaan takut tiba-tiba menjelma kerana abah telah mengingatkan agar tidak terkena racun tersebut. membawa maut kot.
tapi, disebabkan buakan racun bak letusan berapi itu, cecair racun itu terkena tangan aku.
hohoh. terus aku laju-laju membasuh.

XD

No comments: