jualan akhir tahun - episod 2

blogger buat sengal dengan aku.
sengaja sungguh main cak-cak dengan aku.
kejap boleh tulis, kejap kena block. adoi laaa~
apa salahku padamu sayang oi?

semalam berlepakan bersama kawan-kawan merangkap junior aku di UMT. hehe.
lama sangat aku tak guna pengangkutan awam, aku lupa nak pergi stesen mana untuk sampai ke times square. haishhh. nasib aku berteman. dan ada touch-n-go.
tak adalah aku nk meroyan seorang diri akibat ketakutan. dan juga tak perlulah aku sibuk nak fikir nak beli tiket ke stesen mana. hehe. kelebihan di situ.
sekarang kan, stesen LRT pun dah jual baju yang rupa macam yang ada di butik. cantik kot!
murah pula tu. max harga di situ RM30. memang seronoklah kalau beli.
kalau beli ye, sila baca dengan teliti. bukan memang aku beli.
tapi aku tengok, tak beli pun. hehe. salah satu usaha mengurangkan perbelanjaan wang sendiri yang berjaya.

jadi, sampai di sana, mestilah makan dulu.
dah kata waktu makan tengah hari.
lepas tu layan hantu kak limah balik rumah. cerita ini sangat lawak oke. kalau wayang tu tak ada kerusi memang dah lama aku gelak guling-guling di situ. yang ada kerusi itupun aku dah turun naik sebab menggelongsor ke bawah akibat terlalu banyak ketawa di kala aksi lawak menjelma dan menutup muka apabila aksi menyeramkan keluar di skrin.

lepas itu sesi berjalan-jalan mencuci mata dan menenangkan hati yang telah resah gelisah akibat keterlaluan wayang yang telah dilihat sebelumnya. well, year end sale kan. wajiblah kita melihat-lihat apa yang ditayang untuk dijual.
sesi jalan-jalan merangkumi times square, sungei wang dan juga pavilion. tempat semua dekat-dekat, kalau di UMT boleh tahan berjalan sampai FST takkan di tempat sendiri tak boleh kan?
sangat ramai orang.
sebab pertama cuti sekolah. macam-macam gaya boleh nampak di waktu-waktu sebegini.
sebab kedua krismas. memang banyaklah pelancong yang membanjiri.

akhirnya kami minum petang, kemudian pulang.
jadi, rumusannya, aku keluar semalam hanya menggunakan duit kepada makanan sahaja.
memang bertahan dengan kuat dari membeli baju dan yang sewaktu dengannya, walaupun sepanjang perjalanan asyik drooling melihat setiap kedai. hehe.

ahli bandaran kuala lumpur yang merantau ke perkampungan universiti malaysia terengganu.
=]

kredit kepada izyan, shafiq, fairuz, afiq dan ain untuk pengeluaran ini.
XD

No comments: