hari ini aku nak buat iklan.
jual diri kejap.
erk, macam salah guna ayat je.
tapi takpe lah.
siapa yang tengah mencari orang untuk dibuat teman serumah, sila silalah hubungi aku okeh!
perempuan sahaja, harap maklum.
kawasan: shah alam.
macam macam betul dugaan aku nak masuk uitm ni.
macam tak nak bagi masuk je.
hahaha.
mula mula yang medical checkup nya.
lepas itu dengan umt yang tak nak bagi aku tamat pengajiannya lagi.
lepas tu.
yea. sekarang ini.
aku tak dapat lagi rumah sewa.
haishhh.
aku merancang untuk menyemak dalam rumah bekas rakan sekelas aku sewaktu di matrikulasi.
alang alang beliau dah lama menjadi penghuni uitm shah alam, aku minta tolong beliau.
lantak lah masuk dengan kawan beliau sekalipun.
asalkan aku ada rumah.
tempat untuk berlindung dari panas dan hujan. cewah!
tempat yang tak berapa nak jauh sangat dari uitm tu.
maklumlah, kediaman sendiri berbatu jauhnya.
walaupun sekarang dah banyak lebuh raya sampai semak aku tengok jalan kat rumah aku tu.
takkan aku nak buat rumahku syurgaku macam bilik hotel kot?
kalau asrama umt bolehlah. memang dah selalu aku buat.
sampai sang teman sebilik boleh haru merajuk tahap dewa dengan aku.
kenalah jadi baik sikit.
(mentang mentang tempat dekat. hampeh!)
tapi masalah besar sekarang ini.
sang kawan aku bersama rakan rakannya itu pun tak jumpa rumah untuk diduduki lagi.
haishhh.
lambat sikit, rumah pun kena kebas.
adoi laaa.
nasib baik 14/8 ni daftar semata mata.
kelasnya dikhabarkan bakal bermula selepas raya.
seperti juga pelajar lain.
hmm, apa boleh buat?
=.="
No comments:
Post a Comment