sang harta karun

hari ini kemas bilik.
masukkan rak baju baru.
sebab aku baru sedar yang baju aku sangat melampau banyaknya.
bertimbun timbun aku angkut dari umt.
sambil tukar langsir baru.
hehe.

sambil sambil kemas tu, tiba tiba terjumpa diari zaman sekolah menengah dan matrikulasi.
haha. memang nostalgia habis.
terharu.
sebab zaman inilah zaman aku yang paling gelap dan paling self-destructive.
aku yang paling emo.
memang masa ni keadaan otak aku sangat tertekan.
sebab banyak perkara yang betul betul buat aku push my limits terjadi masa ini.
aku tulis banyak puisi masa ni.
well, masa universiti mana nak tulis lagi benda benda ni semua.
sibuk lah katakan.
nak buat pun asal sebaris dua je. haha.

bila baca balik semua puisi yang pernah aku coretkan, teringat kembali zaman itu.
sebak di hati muncul.
aku tak sangka aku mampu lepas dari zaman itu.
sebab aku pernah sangka yang aku boleh ditelan oleh zaman itu.
zaman aku jumpa macam ragam orang.
zaman aku paling naif sebab baru keluar dari perlindungan rumah aku.
zaman aku paling banyak kena tikam belakang.
zaman aku mula mengenal erti cinta, rindu dan persahabatan.
zaman aku dihampiri kekecewaan dan desakan.
tapi walau semua ini terjadi, aku tetap cepat bersangka baik dengan orang. sampai sekarang pun.
itu yang pelik. sangat pelik. melampau lampau kepelikannya.


sometimes, past memories can drive us to a better life in the future.
all we have to do is believe.
as simple as that.

xoxo.

No comments: